FUNGSI

Jabatan Cetak Kerajaan Sabah adalah di antara jabatan-jabatan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri. Ia juga merupakan organisasi percetakan Kerajaan Negeri yang tunggal di Malaysia.



Fungsi Jabatan Cetak Kerajaan adalah seperti berikut:

1. Mencetak pelbagai pesanan kerja yang ditempah oleh semua Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri.

2. Mencetak Warta Kerajaan setiap minggu serta tambahan-tambahan kepada Warta berkenaan.

3. Mencetak perkara-perkara hasil dan terperingkat seperti buku resit rasmi, borang-borang bercetak, dan kertas undi pilihan raya.

4. Mencetak Laporan Tahunan Jabatan-jabatan, Laporan Kewangan Negeri, Enakmen Negeri serta Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan.

5. Membekal borang-borang bercetak dan terbitan-terbitan Kerajaan Negeri.

6. Membekal alatulis kepada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah.

7. Menasihat kerajaan mengenai hal-hal percetakan.



Ke Laman Utama