PERKHIDMATAN PENCETAKAN

PENCETAKAN

Jabatan Cetak menawarkan perkhidmatan percetakan kepada semua Pejabat Kerajaan. Di antara perkhidmatan yang boleh diberi ialah pencetakan 'Black and White', 'Spot Colour', 'Color Process' dan 'Hot Stamping'.


Perkhidmatan Pencetakan:


Produk Rasmi
Perlembagaan Negeri
Undang-undang Negeri
Kertas Undi Pilihanraya (wakil PNMB)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah
Arahan Perkhidmatan Awam Negeri
Warta Kerajaan Negeri
Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Tahunan Negeri
Kertas Sidang Dewan Undangan Negeri
Buku Am Kerajaan Negeri
Majalah Am Kerajaan Negeri
Buku Cenderamata Rasmi Negeri
Buku Aturcara Rasmi
Watikah Pelantikan Rasmi
Buku Daftar Rasmi Negeri
Sijil Rasmi Negeri
Poster Rasmi Negeri
Borang Rasmi Negeri
Resit Rasmi Negeri
Kad Undangan Rasmi Negeri
Kad Rasmi Kerajaan
Kepala Surat Rasmi Negeri
Penjilidan Buku Am Negeri
Produk Am Bercetak Rasmi Kerajaan Persekutuan (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkenaan)
Kain Rentang


Klik Untuk Membaca Cara-cara Memesan Perkhidmatan Pencetakan

Klik Untuk Membaca Cara-cara Membuat Pembayaran



Format Pencetakan dari pelanggan (Customers' Artwork):


Teks (Text Job)

Jabatan menerima bahan-bahan untuk dicetak dari pelanggan dalam bentuk 'manuscripts'.

Pejabat kerajaan yang bercadang untuk menerbitkan bahan-bahan pencetakan, di mana kerja-kerja menaip menggunakan komputer, ataupun peralatan yang serupa dengannya, disarankan agar membuat salinan fail disket, CD-R/RW, DVD, USB Pen Drive, USB External Hard Disk dan disertakan bersama 'hard-copy' apabila memesan untuk mencetak bahan tadi di jabatan ini.

Jabatan boleh menerima format-format fail DOC (MSWords), PMx (PageMaker), Adobe InDesign, RTF (Rich Text Format), TXT (Text), PDF (Portable Document Format), HTML, XLS (MSExcel), EPS (Enscapulated PostScript ), MS Publisher, Open Office (ODT), dsb. dalam platform Windows dan juga MacOS.

**Tujuan syor di atas ialah, pertama -mengelakkan penduaan ataupun penduplikasian kerja menaip-proses; kedua -mempercepatkan penyiapan pesanan kerja.

Gambar, Imej dan Grafik

Bahan dicetak yang mengandungi gambar, imej dan grafik hendaklah disertakan imej ataupun grafik asal tersebut. Jabatan Cetak perlu imbas (scan) imej ataupun grafik asal itu. Untuk gambar warna sila sertakan fail gambar dalam format RAW, TIFF, BMP, JPEG (lossless) ataupun JPEG (high resolution).


Senarai nama stok kertas dan bod

Kertas yang digunakan untuk mencetak kerja ditentukan oleh pelanggan. Bagaimanapun, jabatan ini memilih kertas yang paling sesuai dari segi kos dan kesesuaian kerja, jika pelanggan tidak sedia maklum dengan proses yang terlibat dalam percetakan.



Ke Laman Utama