PERUTUSAN DARI PENCETAK KERAJAAN SABAH

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Cetak Kerajaan Sabah


Image



Salam Sejahtera , Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya kepada semua warga Jabatan Cetak Kerajaan dan pelanggan-pelanggan yang saya hormati.

Jabatan Cetak Kerajaan bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan percetakan dan bekalan alat tulis kepada semua Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri di Sabah. Perkembangan kemajuan teknologi dan pendigitalan membantu mempercepatkan proses percetakan. Penemuan dan kemunculan kaedah-kaedah baharu bukan sahaja memudahkan sesuatu proses kerja, malah dapat menjimatkan kos.

Jabatan ini menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri dan bersama-sama merealisasikan Pelan Pendigitalan Kerajaan Negeri (Digital Sabah) melalui Konsep 5A ‘Accessible by Anyone at Any time, Anywhere by Any Mobile Device’. Pada tahun ini juga, Jabatan Cetak Kerajaan sedang dalam pelaksanaan Sistem e-Commerce Web JCK (e-Terbitan).

Untuk merealisasikan objektif jabatan ini, langkah-langkah penambahbaikan diteruskan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada ke arah yang lebih berkesan dan berkualiti dengan berkonsepkan ‘Responsif, Cepat dan Tepat’.

Sekian dan terima kasih.


Liew Chern Wei

PENCETAK KERAJAAN



Ke Laman Utama