SOALAN LAZIM

Apakah jenis-jenis perkhidmatan percetakan di Jabatan Cetak Kerajaan?

Jabatan Cetak Kerajaan menyediakan dua jenis perkhidmatan percetakan iaitu percetakan konvensional (Offset Printing) dan percetakan digital (Digital Printing).

Percetakan konvensional (Offset Printing) seperti mencetak buku atur cara, risalah, warta kerajaan, menjilid buku (hard cover, soft cover, comb binder, wire 'O' binder, jaket buku, laminating, hot stamping, die cutting). Percetakan digital (Digital Printing) seperti mencetak kain rentang (banner), mencetak gelas (mug), mencetak secara UV-Led (contoh: Pen) dan mencetak kad ID.

Bagaimanakah untuk memesan perkhidmatan percetakan dan penjilidan?

Kaedah pesanan perkhidmatan percetakan dan penjilidan adalah seperti berikut:

  • Permohonan atas talian (secara online) melalui sistem JCK di dalam kategori percetakan. Contoh bahan yang hendak dicetak hendaklah disertakan.
  • Mengisi Borang JCK 'A', Borang Pesanan untuk kerja-kerja yang hendak dicetak dan emel kepada pengarahjck@sabah.gov.my atau faks ke 088-217034 berserta contoh bahan yang hendak dicetak.

Berapakah tempoh masa penghantaran bahan-bahan yang diperlukan untuk dicetak ke Jabatan Cetak Kerajaan?

Semua bahan yang diperlukan untuk dicetak hendaklah dikemukakan ke jabatan ini sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari waktu bekerja. Sekiranya bahan-bahan tidak diterima dalam tempoh masa tersebut, caj tambahan (kerana kerja lebih masa) akan dikenakan kepada pelanggan.

(Surat Rujukan: JCK: 10-4/1 Klt.17/(43) bertarikh 10 Januari 2011)

Bahan-bahan yang diperlukan untuk dicetak boleh dikemukakan secara emel ke komputerjck@gmail.com atau penghantaran tangan ke Jabatan Cetak Kerajaan.

Apakah format softcopy yang sesuai dan tidak sesuai untuk proses pra-cetak di Jabatan Cetak Kerajaan?

Format softcopy yang sesuai:

  • Photoshop
  • Color mode CYMK
  • Resolution imej 300 dpi
  • JPEG atau TIFF
  • Microsoft Word (Jika gambar dalam MS Word, gambar asal/original perlu disimpan di dalam satu folder yang berasingan)

Format softcopy yang tidak sesuai:

  • Imej atau teks dalam Photoshop dalam bentuk flatten
  • Fail dalam format PDF

Bagaimanakah untuk menyemak progres pesanan percetakan dan penjilidan, dan pembekal alat tulis, borang bercetak, resit hasil dan terbitan?

  • Secara online melalui sistem JCK
  • Proses pesanan Percetakan dan Penjilidan - Hubungi Unit Data Pelanggan, Penyelarasan dan Perhubungan Awam, 088-538740
  • Pembekalan Alat Tulis dan Borang Bercetak - Hubungi Unit Bekalan Stor, 088-538276
  • Resit Hasil dan Terbitan - Hubungi Unit Jualan, 088-538745

Berapakah tempoh masa yang diperuntukkan untuk mengembalikan semula pruf ke Jabatan Cetak Kerajaan?

Jika pruf tidak dikembalikan dalam masa satu bulan dari tarikh pruf dikirim, maka pesanan percetakan dianggap batal.

Apakah syarat yang dikenakan sekiranya tempahan percetakan dibatalkan atau pruf tidak dikembalikan?

Pelanggan mesti mengemukakan surat pemberitahuan pembatalan tempahan percetakan sekiranya ingin membatalkan tempahan. Walau bagaimanapun, bil tuntutan atas segala kos penyediaan pruf (termasuk typesetting) akan dikenakan atas pembatalan pesanan.

Bagaimanakah untuk memesan pembekalan alat tulis, borang bercetak, resit hasil dan terbitan?

Kaedah pesanan pembekalan alat tulis, borang bercetak, resit hasil dan terbitan adalah seperti berikut:

  • Permohonan atas talian (secara online) melalui sistem JCK di dalam kategori peralatan alat tulis, borang bercetak, resit hasil dan terbitan.

Apakah kaedah pembayaran untuk perkhidmatan percetakan dan penjilidan, dan pembekalan alat tulis, borang bercetak, resit hasil dan terbitan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

*Penyaluran waran peruntukan kecil ke Jabatan Cetak Kerajaan mengikut spesifikasi perkhidmatan:

  • 27000: Bekalan Alat Tulis
  • 29000: Bayaran Perkhidmatan Percetakan (termasuk Borang Bercetak, Resit Hasil dan Terbitan)

*Pembayaran secara cek, draf bank, wang pos atau kiriman wang kepada Pencetak Kerajaan.

*Bayaran tunai di kaunter Seksyen Akaun, Jabatan Cetak Kerajaan.

Sekiranya terdapat tunggakan yang belum dijelaskan, bolehkah memohon tempahan?

Boleh, sekiranya tunggakan tidak melebihi RM500.00 bagi tahun kewangan semasa sahaja.

Sekiranya waran peruntukan belum disalurkan, bolehkah memohon tempahan percetakan/pembelian alat tulis?

Tidak boleh. Waran peruntukan secara fizikal mesti dikemukakan kepada Seksyen Akaun, Jabatan Cetak Kerajaan sebelum tempahan boleh diteruskan.

Waran peruntukan boleh dikemukakan secara faks, emel atau PDF (scan online) dan pastikan dokumen terang dan boleh dibaca.

Bolehkah Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun Kerajaan Negeri membeli alat tulis dari pembekal swasta?

Sebelum sebarang pembelian dibuat daripada pembekal swasta, kelulusan hendaklah diperolehi daripada Jabatan Cetak Kerajaan terlebih dahulu memandangkan semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada Arahan Perkhidmatan Negeri Sabah Bab 5 Perkara 20(a).



Ke Laman Utama