SEKSYEN ASET DAN PENYELENGGARAAN

FUNGSI UTAMA SEKSYEN ASET DAN PENYELENGGARAAN:


Seksyen Aset dan Penyelenggaraan merupakan seksyen yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan mesin-mesin percetakan, penjilidan serta mesin-mesin lain di jabatan ini dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan. Seksyen ini juga melaksanakan perolehan alat ganti serta pembaikan kecil manakala kerosakan yang di luar kemampuan kendalian Jabatan, khidmat syarikat luar akan diperlukan.

Seksyen ini bertanggungjawab untuk memelihara keceriaan dan kebersihan persekitaran kawasan jabatan dan juga melaksanakan pembaikan sekiranya ada kerosakan kecil pada bangunan jabatan ini. Bagi kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan besar, ianya perlu dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan seterusnya.

Seksyen ini juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod dan mengemaskini data bagi setiap aset berjenis harta modal dan inventori secara manual dan menggunakan komputer, Sistem Pengurusan Harta Awam Negeri Sabah (SISPHANS).



UNIT DI BAWAH SEKSYEN SEKSYEN ASET DAN PENYELENGGARAAN:


Unit Fungsi
Unit Pembersihan dan Aset
  • Memastikan premis/bangunan dan persekitaran kawasan Jabatan sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan ceria
  • Mencuci tandas serta menyelenggara semua peralatan tandas agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan
  • Menyelenggara serta memantau kebersihan dalaman dan keindahan persekitaran kawasan Jabatan
  • Menyelia penyemburan dan pembasmian anai-anai di Jabatan oleh pekerja-pekerja syarikat swasta yang telah dilantik
  • Menyelenggara dan mengasah pisau pemotong kertas di Jabatan
  • Mendaftar dan mengemaskini rekod Harta Modal dan Inventori Jabatan
  • Merekod dan melaporkan peralatan, mesin serta alat kelengkapan pejabat yang rosak untuk tindakan pelupusan
  • Memastikan dan mengawal peralatan dan bahan pembersihan agar sentiasa mencukupi


Unit Fungsi
Unit Penyelenggaraan
  • Memastikan mesin-mesin percetakan dan penjilidan serta alat-alat kelengkapan pejabat sentiasa dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan
  • Menyelenggara mesin-mesin pencetakan dan penjilidan mengikut jadual yang ditetapkan
  • Mengendalikan jentera jana kuasa dan pam najis
  • Mengusul pelupusan mesin, peralatan dan alat kelengkapan pejabat
  • Membuat kerja-kerja kimpalan di mana yang dikehendaki untuk membaik pulih sesuatu alat atau benda
  • Membaiki kerosakan kecil pada jentera, bangunan, saluran paip, pendingin hawa, lampu, telefon, pagar keselamatan dan pendawaian elektrik
  • Menyelenggara rombakan rawat mesin atau jentera apabila tiba masa untuk berbuat demikian
  • Memeriksa tempoh hayat alat pemadam api mudah alih
  • Menyelenggara peralatan bomba Jabatan


STRUKTUR SEKSYEN ASET DAN PENYELENGGARAAN:


Ketua Seksyen
  • Penolong Pegawai Penerbitan (N29)
Ketua Unit
  • Pembantu Penerbitan (N22)
Kakitangan
  • Pembantu Penerbitan (N19/N22)
  • Pembantu Awam (H11/H14)


Balik