SEKSYEN PENJILIDAN

FUNGSI UTAMA SEKSYEN PENJILIDAN:

Seksyen ini memerlukan kakitangan yang terbanyak berbanding dengan seksyen-seksyen lain. Ini adalah disebabkan kerja di seksyen ini masih lagi dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia (manual).

Seksyen Jilid adalah seksyen yang terakhir dalam proses pencetakan atau ‘print finishing’ Seksyen ini mengendalikan tugas-tugas seperti menyusun, menjahit, menjilid dengan pelbagai cara, memotong kertas bercetak/tidak bercetak ke ukuran, laminating, mengira, mengikat, membungkus dan sebagainya yang berkaitan dengan Jillid.



UNIT DI BAWAH SEKSYEN PENJILIDAN:


Unit Fungsi
Unit Jilid Am
  • Memotong kertas/kad yang telah dicetak untuk proses jilidan
  • Membuat kerja-kerja penjilidan am seperti pedap kepala surat/memo
  • Membuat kerja-kerja penjilidan buku-buku Aturcara cara jilidan tengah, tepi, curai atau jilid perfect
  • Membuat kerja untuk creasing, drilling, punching, eyeletting, perforating, inserting
  • Memotong atau merepang buku yang siap dijilid
  • Memotong kertas/kad untuk proses penjilidan stationery
  • Membuat kerja-kerja melipat kuras-kuras buku dan menyusun menggunakan tangan atau mesin
  • Menyusun helaian-helaian kertas yang mengandungi salinan untuk jilidan tepi
  • Menjahit kulit dan isi buku menggunakan mesin tusuk dawai
  • Membuat creasing untuk kulit-kulit fail dan kad-kad
  • Memotong kerja ke ukuran, menyemak, mengira, membungkus/pak, melabel, merekod, dan menghantar ke stor


Unit Fungsi
Unit Jilid Khas
  • Memotong kertas/kad/bod untuk proses penjilidan khas
  • Membuat semakan isi buku dan menyusun untuk proses penjilidan semula (rebinding)
  • Merepang isi buku
  • Mengerudi belakang
  • Menjahit isi buku dengan tangan atau mesin
  • Menyapu gam pada belakang kulit buku (spine)
  • Membuat end paper dan brown paper pada belakang buku
  • Membuat kulit buku untuk full bound, half bound, quarter bound, loose leaf menggunakan kain penjilid khas
  • Membuat tajuk buku menggunakan hot stamping press
  • Membuat kotak-kotak khas
  • Membuat album orang kenamaan menggunakan kain khas
  • Membuat laminating untuk kulit-kulit buku
  • Membungkus dan menghantar ke stor


Unit Fungsi
Unit Jilid Kawalan
  • Kerja yang dilakukan adalah sama dengan Unit Jilid Am. Bagaimanapun Unit Jilid Kawalan mengendalikan kerja-kerja terkawal seperti resit am yang bernombor siri dan keluaran terhad
  • Memotong stok kertas/kad untuk pencetakan kawalan
  • Memotong kertas bercetak untuk Jilid Kawalan bagi kerja-kerja bertaraf Terhad, Rahsia, Sulit seperti Kertas Undi Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan, Kertas Warta-warta Kerajaan, Kertas-kertas Dewan Undangan Negeri dan dokumen-dokumen kerajaan
  • Melipat, menyusun kertas menggunakan tangan atau mesin bagi kerja-kerja bernombor siri
  • Menyemak nombor-nombor siri mengikut kuantiti yang diperlukan
  • Menjahit menggunakan mesin penjahit dawai untuk jahitan tengah atau jahitan tepi
  • Merepang tepi buku mengikut ukuran
  • Membungkus buku dan menyimpan dalam bilik kebal atau hantar ke stor


STRUKTUR SEKSYEN PENJILIDAN:


Ketua Seksyen
  • Penolong Pegawai Penerbitan (N29)
Ketua Unit
  • Pembantu Penerbitan (N26)
  • Pembantu Penerbitan (N22)
Kakitangan
  • Pembantu Penerbitan (N19/N22)
  • Pembantu Awam (H11)


Balik