FUNGSI UTAMA SEKSYEN PRA-CETAK:
Seksyen ini bertanggungjawab menyelaras dan merancang gunatenaga, bahan-bahan keperluan pencetakan serta peralatan dengan berpandukan kepada keperluan semasa dan pesanan yang diterima oleh Jabatan. Seksyen ini juga berperanan untuk memastikan kerja-kerja persediaan pra-cetak dapat disempurnakan untuk kerja-kerja pencetakan dan penjilidan.
UNIT DI BAWAH SEKSYEN PRA-CETAK:
| Unit |
Fungsi |
| Unit Pembaca Pruf |
- Membuat pembacaan pruf yang ditaipset oleh Unit Aturhuruf Komputer
- Membuat pembacaan mengikut Style of the House
- Membuat pembacaan pruf untuk kerja bertaraf Terhad, Rahsia, Sulit dan Kerja-kerja Am
- Membuat semakan mengikut bahan yang dibekalkan oleh pelanggan seperti gambar, kerja seni, ukiran, warna yang diperlukan dan lain-lain
- Menyusun nombor/folio bagi setiap muka surat
- Membuat semakan pruf layout yang sedia untuk diproses
- Menyusun format penerbitan warta-warta kerajaan
- Menyediakan indeks penerbitan warta-warta kerajaan
|
| Unit |
Sub-unit |
Fungsi |
| Unit Grafik dan Reka Letak |
Unit Atur Huruf Komputer, Grafik dan Design |
- Membuat taipset/reka letak mukasurat menggunakan komputer (desktop publishing)
- Reka bentuk, pisah warna, edit imej
- Membuat pengubahsuaian salinan asal pelanggan yang dibekalkan dalam bentuk digital
- Membuat taipset bertaraf Terhad, Rahsia, Sulit dan kerja am
- Cetakan pruf untuk pembacaan pruf
- Cetakan pruf untuk pelanggan
- Membuat kerja reka letak/reka bentuk dan menyediakan dummy untuk pencetakan hitam putih atau berwarna penuh cara cetakan ofset
- Membuat pembetulan teks yang telah disemak oleh Pembaca Pruf
- Membuat perancangan kerja mengikut ukuran percetakan, cara penjilidan dan kesesuaian mesin mencetak
- Menyusun muka surat/layout yang disediakan
- Menyimpan gambar, bahan asal pelanggan ke dalam hard disk
- Menyemak reka letak/kerja seni sebelum diproses
- Mengeluarkan plat menggunakan mesin CTP
|
| Unit |
Fungsi |
| Unit Percetakan Digital dan Rekaletak & CTP |
- Mencetak kerja percetakan menggunakan pencetak digital untuk kerja-kerja percetakan hitam putih dan warna penuh
- Mencetak grafik kegunaan luar bangunan seperti poster, kain rentang, pembungkus dan lain-lain menggunakan pencetak warna pancut (ink jet printer) format lebar
- Mencetak kad ID
- Mencetak imej ke gelas
|
STRUKTUR SEKSYEN PRA-CETAK:
| Ketua Bahagian |
|
| Ketua Seksyen |
- Penolong Pegawai Tadbir (N5)
|
| Ketua Unit |
- Pembantu Tadbir P/O (N3)
- Pembantu Tadbir P/O (N2)
|
| Kakitangan |
- Pembantu Tadbir P/O (N1/N2)
|
Balik