CARA-CARA MEMESAN PERKHIDMATAN

Cara 1:


Melalui Sistem Jabatan Cetak Kerajaan (JCK)
Semua agensi kerajaan negeri yang mempunyai kemudahan internet hendaklah menggunakan Sistem JCK Pesanan boleh dibuat secara online. Pesanan dibuat oleh pegawai pemesan dan pesanan akan disahkan oleh pegawai mengesah. Bagaimanapun bahan untuk dicetak dalam bentuk cetakan (hard copy) dan media simpanan digital hendaklah dihantar ke pejabat jabatan ini.


Cara 2:


Melalui Surat
Membuat permohohonan rasmi pesanan mencetak melalui surat yang dialamatkan kepada:

Alamat: Pencetak Kerajaan Jabatan Cetak Kerajaan Km. 4, Jalan Tuaran Beg Berkunci 2004 88554 Kota Kinabalu

**Sila berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat emel pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan



Cara 3:


Melalui Borang Jabatan Cetak Kerajaan (JCK)

Mengisi borang pesanan percetakan menggunakan Borang Pesanan untuk kerja-kerja yang ingin dicetak.

Borang (JCK 'A'):Klik Untuk Muat Turun Borang Perkhidmatan Pencetakan/Penjilidan

Borang (Gunasama):Klik Untuk Muat Turun Borang Perkhidmatan Alat Tulis



Cara 4:


Melalui Emel dan Faks

Membuat pesanan rasmi mencetak melalui emel kepada Pencetak Kerajaan (ChernWei.Liew@sabah.gov.my) atau mengirimkan faksimili surat pesanan rasmi mencetak kepada Pencetak Kerajaan (088-217034)

**Sila berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat emel pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan